Pengguna Facebook Meningkat Kepada 25 Juta Orang
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg hari ini menyatakan jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian itu meningkat kepada 250 juta orang.Zuckerberg dalam mesej yang disiarkan dalam blog rasmi Facebook berkata, perkembangan pesat itu membuatkannya terharu dan teruja.
“Bagi kami, peningkatan kepada 250 juta pengguna bukan sahaja sebagai angka yang mengagumkan tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang anda telah lakukan,” jelasnya.
Palo Alto, ibu pejabat Facebook di California yang ditubuhkan pada 2004, menjadi perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian yang paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation.
(Sumber : BERNAMA)
Filed under: Berita on July 18th, 2009
Leave a Reply