Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) : Bekas Pelatih Bakal Menerima Kad Pintar
Untuk maklumat Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang lain, sila klik :
http://www.bumigemilang.com/?cat=31
dan
……………………………………………………………………………………………..
Seramai 417,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal menerima kad pintar yang antara kelebihannya boleh mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan urusan Touch n’ Go.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, kad berkenaan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi harian, selain menjadi kad identiti bekas pelatih PLKN.
”Kita akan mengesan bekas pelatih PLKN sejak program itu diperkenalkan pada 2004 dan memberi mereka kad istimewa ini. Ia memberi tambahan aplikasi khas yang memudahkan urusan seharian mereka,” katanya.
Sebanyak 120,000 daripada 508,571 remaja yang lahir pada 1992 akan dipilih untuk menyertai PLKN kali ini.
Program yang dijangka dimulakan pada Disember ini juga akan memanggil semula sejumlah 24,349 pelatih lain yang menangguhkan latihan mereka pada siri lepas.
Tambah Ahmad Zahid, bezanya PLKN kali ini adalah penambahan modul baru yang dinamakan ‘Modul Silang Budaya’.
Jelas beliau, modul baru yang menekankan kesepakatan kaum akan menjamin suasana harmoni apabila pelatih menamatkan kursus mereka kelak.
”Istimewanya pada sesi kali ini ialah penambahan Modul Silang Budaya yang memberi pengajaran pelbagai budaya di negara ini dan menekankan kehidupan harmoni antara para pelatih.
”Usaha ini merupakan satu pendekatan baru untuk melahirkan masyarakat yang lebih bekerjasama sekali gus mengurangkan masalah sosial di antara mereka,” ujarnya.
Katanya lagi, perubahan pemikiran ibu bapa sendiri terhadap kesan positif PLKN akhir-akhir ini merupakan sesuatu yang membanggakan.
(Sumber : Bernama)
******************************************************
Filed under: Khidmat Negara on July 2nd, 2009
why did i no get the card
why did i not get the card
bilakah boleh terima kad pintar
怎样查我们会被分派到第几批和去哪?
bila kah siri kami akan memiliki kat tersebut dan bagaimana cara untuk kami memiliki kat tersebut
bila i kan kad pintar spt yg dsebutkan 2, mcm mana i nak dpt kad 2? Knp dulu x bgi kad 2 masa masih mengikuti plkn g? Kad 2 tiada had umur ke?